Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah kamu
memukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana
pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat
LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada
empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan
seterusnya pula ia mendoakan kedua ibu bapanya."
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )
Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan
anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Allah dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Rasulullah SAW dan empat
bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ibu bapanya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa
yang diperbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya."
Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka
tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibu bapanya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya iaitu segala
amal baik atau buruknya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(HR. Muslim)