Monday 10 June 2013

LARANGAN MEMUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS






Rasulullah SAW bersabda:

"Janganlah kamu memukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya ia bersyahadat
LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ibu bapanya."
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah SAW menjelaskan bahwa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Allah dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Rasulullah SAW dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ibu bapanya.

Rasulullah SAW bersabda:

"Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang diperbuatnya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya."

Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya dan tidak pula ditulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya.
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

Sabda Rasulullah SAW ;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(HR. Muslim)

Sunday 9 June 2013

KEUTAMAAN HARI RAYA.



     Tanggal satu Syawal dan sepuluh Zulhijjah dinamakan Id (hari raya), kerana kaum mukminin pada hari itu telah selesai melaksanakan kewajibannya menunaikan puasa Ramadhan dan haji kerana taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Dan kerana hal itu terjadi berulang-ulang. Sehingga pula kebahagiaan menyambutnya.
   
     Adapun pertama sekali Rasulullah SAW melakukan solat Aidil Fitri pada tahun kedua setelah hijrah. Hukumnya sunat muakad dan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya.
   
Dari Abu Hurairah ra, “Hiasilah hari rayamu dengan takbir”

Rasulullah SAW bersabda:

    “Siapa membaca ‘Subhana Allah wa bilhamdihi’ pada hari raya, tiga ratus kali serta menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang telah mati maka dalam setiap kubur akan memancar seribu nur dan ketika dia mati, Allah akan menjadikan untuknya seribu nur”

   Dari Wahab bin Munabbah ra, bahwa iblis amat sedih tiap hari raya. Mereka mengumpul lalu berkata,”Wahai pemimpin kami, mwngapa engkau marah?” Pemimpinnya berkata,”Sesungguhnya Allah telah mengampuni umat Muhammad pada hari ini. Kamu semua mesti bekerja keras dengan menyibukan mereka dengan kelazatan dan syahwat!”

   Dari Wahab juga, “Sesungguhnya Allah menjadikan syurga pada Aidil Fitri, juga pada hari itu Allah menanamkan pohon tuba. Malah Jibril as juga memilih hari itu untuk menurunkan wahyu. Para tukang sihir Firaun bertaubat di hari itu.

Nabi SAW bersabda:

     "Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan mati hatinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”

   Diceritakan bahwa Umar melihat anaknya pada malam raya mengenakan kasut.
Beliau menangis. “Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” Tanya anaknya. Umar menjawab,” Aku bimbang hatimu sedih di hari raya, jika nanti anak-anak melihatmu mengenakan kasut baru.” Kemudian anaknya berkata, “Yang seharusnya sedih itu hanyalah orang yang tiada redha Allah atau menderhakai orang tuanya. Dan sesungguhnya aku berharap Allah Azza Wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab redhamu.” Umar bertambah menangis lalu memeluknya dan mendoakannya.

   Telah diceritakan juga bahwa di pagi Aidil Fitri, Allah mengutus para Malaikat turun kebumi untuk berseru dengan suara yang didengar seluruh mahluk kecuali manusia dan jin: “Wahai umat Muhammad, keluarlah kepada Tuhanmu yang mulia. Dia akan memberikan pemberian yang agung dan mengampuni dosa yang besar.” Ketika mereka telah pergi ke masjid, Allah berkata kepada para Malaikat, “Apa balasan untuk pekerja selesai bekerja?” Mereka berkata, “Upahnya sesuai dengan pekerjaannya.”
Allah SWT berkata, “Saksikanlah bahwa sesungguhnya Aku telah menjadikan pahala mereka adalah redha-Ku dan ampunan-Ku.”

Salam Aidil Fitri...

KEUTAMAAN LAILATUL QADAR



Dirawikan dari ibnu Abas ra dia berkata, "Dihantarkan kepada Rasulullah S.A.W  seorang lelaki Bani Israel yang dengan beraniaya menghunus pedang di atas kudanya dalam berjihad (berperang) membela agama Allah seribu bulan,Rasulullah S.A.W sangat terpegun akan hal itu dan mengharapkan untuk umatnya.

Maka baginda berdoa:
      
      "Ya tuhanku, Engkau jadikan umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya."

     Kemudian Allah S.W.T memberikan kepada baginda dan umatnya, malam ‘Lailatul Qadar’ yang lebih baik daripada seribu bulan di mana seorang Bani Israel itu mengunus pedangnya membela agama Allah. Inilah keistimewaan umat ini.

   Dikatakan bahwa nama lelaki itu adalah Syam’un, berperang dengan musuh selama seribu bulan, tak pernah kering bulu tengkuk kudanya. Sesungguhnya orang-orang kafir gentar gentar berhadapan dengannya. Kemudian mereka menyampaikan seorang utusan kepada isterinya dengan membawa jaminan sebuah bejana emas penuh dengan emas pula, yang akan diberikan padanya bila berhasil mengikat suaminya.

   Isterinya pun melakukannya. Namun ketika suaminya bangun dan mengerakan badannya, semua ikatan itu putus. Sisuami bertanya, “Mengapa engkau berbuat demikian?” “aku hendak mencoba kekuatanmu.” Jawan isterinya. Lalu dia menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segera mereka memberikan rantai dan dia berbuat seperti dulu. Tetapi si suami boleh juga memutuskannya.

   Iblis datang kepada mereka  dan menunjukan agar menyuruh isterinya bertanya kepada suaminya tali apa yang sekiranya dia tidak boleh memutuskan. “Tali rambut yang tumbuh pada janggutku ini.” Jawab si suami ketika ditanya isterinya. Memang, si suami mempunyai janggut lapan helai dan mengikat kedua tangannya dengan empat helai lagi. Kemudian orang-orang kafir membawanya pergi ke rumah penyembelihan yang amat luas dan tingginya empat ratus hasta dengan satu tiang. Dengan ramai-ramai mereka potong kedua telinga dan bibirnnya.

   Kemudian lelaki itu memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatannya serta dapat dengan selamat mengerakan tiang rumah itu agar merobohi mereka. Allah S.W.T mengabulkan doanya. Ia berhasil memutuskan ikatannya, mengerakan tiang itu hingga merobohi mereka dan mereka mati semuanya. Tapi dia sendiri yang selamat.

   Ketika mendengar cerita ini, para sahabat Rasulullah S.A.W itu bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkan kami menemukan seperti pahalanya?” “Aku tidak mengerti.” Jawab Rasulullah S.A.W. kemudian Allah memberinya Lailatul Qadar seperti yang telah diceritakan di atas.

   Dari Anas ra, dia berkata, “Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

      “Pada malam Lailatul Qadar, Jibril as dengan serombongan Malaikat turun. Mereka membaca selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat Allah S.W.T.”

   Abu Hurairah berkata, “Pada malam Lailatul Qadar, para Malaikat yang turun kebumi lebih banyak daripada jumlah batu kerikil. Pintu langit dibukakan untuk mereka turun sebagaimana telas dijelaskan. Maka tersingkaplah kerajaan ini oleh pancaran cahaya.

   Adapun manusia dalam hal itu bertingkat-tingkat. Ada yang untuk setengah mereka, kerajaan langit dan bumi ini dibukakan tabirnya sehingga dapat melihat para Malaikat pada rupa aslinya. Ada yang berdiri, duduk, rukuk, sujud, berzikir, bertasbih, bertahlil. Ada juga yang untuk setengah mereka, dibukakan tabir syurga. Oleh kerananya boleh melihat mahligai-mahligai, taman, bidadari, sungai, pepohonan dan buah-buahnya. Bahkan juga melihat tempat para nabi, para wali dan syuhada. Kemudian juga melihat neraka dengan segala isinya serta tingkatan orang-orang kafir. Malahan ada pula setengah mereka  yang dibukakan tabir antara dia dan Allah S.W.T  sehingga dia ditanya melihat kepada Allah S.W.T saja.

   Dari Umar ra, Rasulullah S.A.W. bersabda:

     “Barangsiapa yang hidupkan malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan sampai subuh, dia lebih kusukai dari beribadah tiap bulan  Ramadhan selurunya.” Fatimah lalu berkata, "Wahai ayahku, apa yang mesti dilalukan oleh lelaki dan perempuan yang tiada mampu beribadah malam?” Baginda menjawab, “Hendaklah mereka jangan terus tidur, kemudian mereka duduk sesaat saja pada malam itu untuk memanjatkan doa kepada Allah S.W.T.itu lebih kusukai daripada ibadahnya umatku seluruhnya pada bulan Ramadhan.”

Dari Aisyah ra, dia berkata, “Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

        “Barangsiapa yang  menghimpunkan malam Lailatul Qadar, melakukan solat dua rakaat dan memohon ampun kepada Allah di situ, tentu Allah S.W.T mengampuninya, dia menyelam dalam rahmat Allah serta Jibril mengusap akan dia dengan sayapnya. Siapa yang diusap Jibril dengan sayapnya        pasti dia pasti akan masuk syurga.”

Saturday 8 June 2013

KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIKH.



KELEBIHAN SEMBAHYANG TARAWIKH.

Assalamualaikum sahabat semua...

  Saiydina Ali r.a telah meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W apabila baginda ditanya oleh sahabat-sahabatnya mengenai kelebihan sembahyang tarawikh di malam-malam bulan Ramadhan.

Berikut adalah kelebihan-kelebihan sembahyang tarawikh itu mengikut malam-malam ianya dikerjakan:

MALAM PERTAMA:

Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaan baru dilahirkan.

MALAM KEDUA:

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sembahyang tarawikh beserta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

MALAM KETIGA:

Malaikat di bawah arasy berseru supaya orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh  itu meneruskan sembahyangnya pada malam-malam yang lain dan semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

MALAM KEEMPAT:

Orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil, dan Al-Quran.

MALAM KELIMA:

Allah S.W.T akan mengurniakannya pahala seumpama orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

MALAM KEENAM:

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam itu.

MALAM KETUJUH:

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan nabi Musa a.s serta menolong nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

MALAM KELAPAN:

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala orang yang sembahyang tarawikh sebagaimana yang dikurniakan kepada nabi Ibrahim a.s.

MALAM KESEMBILAN:

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikan mutu ibadat hambanya seperti
nabi Muhammad S.A.W.

MALAM KESEPULUH:

Allah S.W.T mengurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

MALAM KESEBELAS:

Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seumpama baru dilahirkan.

MALAM KEDUA BELAS:

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka bercahaya.

MALAM  KETIGA BELAS:

Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari sembarang kejahatan dan keburukan.

MALAM KEEMPAT BELAS:

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka sembahyang tarawikh serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkan mereka.

MALAM  KELIMA BELAS:

Semua malaikat yang memikul Arash dan Kursi akan berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya.

MALAM  KEENAM BELAS:

Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukan ke dalam syurga.

MALAM  KETUJUH BELAS:

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

MALAM  KELAPAN BELAS:

Malaikat akan menyeru ; Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapa engkau (yang masih hidup atau sudah mati)

MALAM KESEMBILAN BELAS:

Allah S.W.T akan meninggikan derajatnya di dalam syurga firdaus.

MALAM KEDUA PULUH:

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala seperti orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

MALAM  KEDUA PULUH SATU:

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

MALAM KEDUA PULUH DUA:

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sembarang kekalutan pada hari tersebut.

MALAM KE DUA PULUH TIGA:

Allah S.W.T akan membina sebuah Bandar di dalam syurga daripada cahaya.

MALAM KEDUA PULUH EMPAT:

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh empat doa yang makbul pada hari itu.

MALAM KEDUA PULUH LIMA:

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

MALAM KEDUA PULUH ENAM:

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala ibadat bagi orang-oranmg yang mengerjakan sembahyang tarawikh pada malam tersebut.

MALAM KEDUA PULUH TUJUH:

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintas titian sirat sepantas kilat.

MALAM KEDUA PULUH LAPAN:

Allah S.W.T akan menaikan seribu darjatnya di akhirat.

MALAM KEDUA PULUH SEMBILAN:

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji mabrur.

MALAM KETIGA PULUH:

Allah S.W.T akan member penghormatan kepada orang yang bertarawikh pada malam terakhir dengan firmannya:

“ Wahai hambaku!  Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air telaga yang dikurniakan kepada nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kautsar “



Semoga Allah S.W.T senantiasa membimbing kita semua kejalan yang diredhaiNya. Amin.